Majlis Berbuka East Coast
{mosimage}
Dengan keizinan dari yang Maha Esa event Majlis Berbuka Puasa bg kawasan East coast telah selamat dijalankan dan dihadiri oleh ahli2 yang terlibat..ribuan terima kasih pada semua ahli lama n baru yang hadir selain dapt bekenalan n mengeratakan silatulrahim serta marshall2 yg bertungkus lumus mengawal konvoi sehingga sampai ke destinasi tanpa sebarang masalah.tidak lupa jg pada tuan tanah yang menyediakan aneka juadah yang amat sedap sekali.
Read More
UnOfficial HOT @ Cheras
Pada hari Sabtu,4 September 2010,satu unofficaial hot telah diadakan yang bertempat di taman tasik permaisuri cheras.Sekali lagi,kita dapat berbuka puasa bersama-sama.Hot ini diadakan bertujuan untuk kita bersama-sama bermaaf2an sblm kita pulang beraya ke kampung.Selain itu juga kutipan derma ikhlas kpd ayahanda baby_sakura88.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli yang hadir,yang sanggup menghadapi hujan renyai2 yang tidak henti2 sehingga waktu mlm.Komitmen ini yang perlu ada dlm setiap ahli bg menaikkan lagi nama vOc di mata masyakarat dan menarik ahli2 yang baru kedalam VOC.Hubungan yang baik sesama ahli perlu la dijaga agar persahabatan itu lebih erat,agar VOC terus bertapak didalam kelab pemotoran malaysia.Kepada newbie yg kali pertama join hot,terima kasih.diharapkan hot2 selepas ini dapat kite bertemu lagi.
Majlis Berbuka Southern Region
Sempena di Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, VOC Southern N9 telah mengada satu Majlis Berbuka Puasa bersama-sama ahli di salah sebuah restoran di Senawang. Alhamdulillah EVENT ini berjalan lancar dan jayanya dengan kehadiran ahli2 yang memberikan komitmen yang sangat baik sehingga majlis tamat.
Majlis Berbuka Central Region
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi dengan izinnya majlis berbuka ini telah selamat dijalankan tanpa sebarang masalah. Terima kasih diucapkan kepada AJK Eksekutif yang sudi hadir bagi membantu memastikan majlis ini berjalan dengan lancar. Tidak lupa juga pada semua ahli Central Region yang sudi meluangkan masa berbuka bersama serta dapat mengenali dengan lebih dekat AJK-AJK dari Penstrukturan Baru VOC.
Saturday Ride @ Sepang Gold Coast
Saturday Ride @ Sepang Goldcost, Bagan Lalang, Sepang telah diadakan Pada 31 Julai 2010.Syukur alhamdulilah,event ini telah berjaya dilakukan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah yang tidak diingini berlaku.Ia merupakan salah satu event yang diadakan sebelum ketibaan bulan ramadhan.Objektif utama event ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim yang telah terbina sesama ahli dan merapatkan hubungan ahli-ahli baru dan juga ahli-ahli lama. Selain itu,ia juga dapat mempromosikan club keseluruh tempat untuk memperkenalkan VivaOwnersClub dimata masyarakat yang memiliki Perodua Viva. Ucapan Tahniah kepada ahli-ahli yang telah menjayakan event ini. Displin yang ditunjukkan sangat membanggakan. Terima kasih juga kepada Marshall yang bertugas kerana melancarkan perjalanan tanpa ada sebarang masalah.
Jemputan Belia & Sukan Pahang
Program telah selamat dihadiri oleh ahli-ahli east coast. Terima kasih pada semua ahli voc east coast yang hadir pada program jemputan Kementerian Belia dan Sukan Pahang. Terima kasih pada voc team street soccer A dan B. Walaupun kalah awal tapi semangat kesukanan dari ahli yang lebih penting.
Konvoi Majlis Persandingan Daud
Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Daud @ mie macho yg telah selamat bersanding pada 11/07/2010.
Konvoi Majlis Persandingan Kecik & Apple
HOT Bowling & Futsal
Salam....Event HOT santai bowling & futsal telah selamat dijalankan dan dihadiri oleh ahli-ahli east coast semua..hanya acara bowling sahaja dapat dijalankan manakala acara futsal terpaksa dibatalkan atas sbb yang tak dapat dielakkan. Terima kasih pada semua yg hadir bg memeriahkan HOT ini.
HOT World Cup @ Ghulam Mee
Assalamualaikum w.b.tAlhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t ,Hot World Cup d Ghulam telah selamat dijalankan dengan lancar dengan kerjasama ajk-ajk central danahli-ahli v.o.c central region. Terima Kasih kepada semua yang hadir,yang menghangatkan suasana, dalam masa yang sama kita dapat bersuai kenal dan muhibbah sesama kita.
Setelah sekian lama ahli-ahli voc menantikan sticker windscreen akhirnya berjaya di siapkan. Sila klik disini untuk melihat / menempah pelekat berkenaan.